Pakar CSR untuk pusat jagaan warga emas.


senior creative sdn bhd

Membimbing dan menjalankan program dan aktiviti kearah kehidupan yang lebih bermakna dan aktif UNTUK  golongan 60+ keatas.

Telefon

Ikut kami

010 902 7540
017 235 7800

ANTARA PROGRAM SENIORSITY YANG SEDANG DAN AKAN DIJALANKAN

Tanaman Hidroponik 

Seniorsity mengadakan demo cara-cara menanam secara hidoponik sayuran berdaun kepada warga emas di pusat-pusat penjagaan orang tua secara percuma dan membuat mini kebun sayur hidroponik disana. Tanaman secara hidroponik ini adalah mudah, ringan dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Dengan pembajaan yang senang dan teratur, ia akan memberikan satu bentuk riadah atau aktiviti yang sihat untuk residen rumah penjagaan.

Apa itu penanaman hidroponik?
Sistem Penanaman ini tidak memerlukan tanah atau tempat yang luas. Sistem pengairan dan pembajaan ialah melalui paip yang dikawal dengan pam akan menghasilkan tanaman yang sihat dan mudah. 

Tanaman Hidroponik

Pengurusan dan urus tadbir harta secara islam

Terdapat lebih dari RM70 billion harta orang Islam tidak dituntut. Antara masaalah yang utama ialah kurang arif tentang cara untuk menuntut , pemegang amanah yang kurang cekap dan pemegang amanah yang tidak bertanggungjawab.

Harta yang tidak dapat dituntut akan menimbulkan masaalah kepada waris-waris yang ditinggalkan. Oleh itu kami mengambil iniatif ini untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang urus cara tadbir harta orang islam.

Pengurusan dan urus tadbir harta secara islam

Penggunaan talipon pintar dikalangan warga emas

Pemberian telepon pintar kepada ibubapa sudah menjadi perkara biasa. Cuma kepintaran untuk menggunakan telepon ini tidak boleh dicapai didalam sekelip mata. Oleh itu telepon yang pintar tidak digunakan secara menyeluruh dan ini amat merugikan. 

Kami di Seniorsity memahami perkara ini dan ingin memberi ruang untuk kepada ibubapa-ibubapa ini mempelajari teknik-teknik yang sesuai untuk menguasai penggunaannya sepenuhnya. Kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan untuk mereka menggunakan telepon mereka dengan sebaiknya.

Penggunaan talipon pintar dikalangan warga emas

MENGENAI KAMI

Platfom Seniorsity dibangunkan untuk mengendalikan kelas atau aktiviti bimbingan untuk kemudahan dan kesenangan warga emas dan pesara di Malaysia. Pengalaman kami untuk mengurus program dan acara yang meluas menyakinkan bahawa kami akan berjaya didalam mempertingkatkan cara kehidupan golongan 60an ini untuk lebih aktif. Kami amat berharap sekiranya ada syarikat atau individu dapat tampil dan menaja program yang telah dirancang supaya ia berjaya dan berkembang untuk manafaat semua.

Penaja/Sponsor

sponsor 

Sponsor 

 Sponsor 

TULISKAN MESEJ ANDA DISINI
JIka anda mempunyai apa-apa soalan, diminta dihantar mesej anda kepada kami. Kami berharap akan membalas mesej anda didalam masa 24 jam.
Nama
Emel
No telepon
Mesej
Hubungi seniorsity